Sherry Ibrahim kesal dengan gosip putus dengan Fattah

Sherry Ibrahim kesal dengan gosip putus dengan Fattah

1 Dis – Pelakon Sherry Ibrahim menafikan dakwaan kononnya dia dan kekasihnya Abdul Fattah Amin sudah putus cinta.

"Saya tak tahu nak cakap apa apabila membaca berita itu. Rasa kelakar pun ada. 'It's a joke of the day'.

"Tetapi saya amat kecewa dengan laporan itu seolah-olah telah menoktahkan perhubungan kami tanpa sebarang kenyataan daripada saya mahupun Fattah," katanya kepada mStar.

Semalam, sebuah akhbar mingguan melaporkan hubungan kedua-dua pelakon ini sudah berakhir berikutan Sherry telah membuang ke semua gambarnya bersama Fattah di akaun Instagram miliknya selepas 'menghidu sesuatu' mengenai teman lelakinya itu.

Berikutan tindakan tersebut, Sherry mengatakan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia membuang foto-fotonya tersebut dan tidak bermakna hubungan mereka sudah berakhir jika dengan hanya memadam gambarnya bersama Fattah.

"Saya ada sebab sendiri yang tidak perlu dijelaskan kepada umum. Kami bukannya pasangan suami isteri, jadi tak mahulah hubungan ini nampak berlebih-lebih. Tambah pula kami perlu menjaga hari keluarga masing-masing.

"Yang penting umum tahu bahawa kami menjalinkan hubungam, itu sudah cukup, dan tak elok rasanya apabila sesebuah perhubungan itu terlalu didedahkan. Apa-apapun kami tidak melatah dengan gosip itu."

Pasangan kekasih ini yang tidak menyembunyikan hubungan cinta mereka, dikhabarkan mula menjalinkan hubungan ketika bersama-sama menjalani pengambaran dalam drama bersiri "Cinta Ibadah" sejak Jun lalu.

[Sumber Foto: gosipmalaysia.com ]