Ular Masuk Rumah? Ini 10 Tips Pencegahan Anda Boleh Cuba!

Fenomena ular masuk ke dalam kediaman bukan lah sesuatu perkara yang baru. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan dan panas yang tak menentu. Kalau terserempak, confirm semua bertempiaran lari.

Memang sampai kena panggil bomba ataupun Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk tangkap reptilia ni.

Jadi, jom ketahui sebab kenapa ular masuk ke dalam rumah dan juga apa tindakan yang betul dan selamat untuk mengelakkannnya.

Sebab Ular Masuk Rumah

Musim hujan bukan je boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah, malah ia juga boleh mengundang kehadiran haiwan berbisa seperti ular yang mencari tempat perlindungan baru.

Siapa je yang tak takut ular, lagi-lagi spesis yang mematuk tu memang bahaya!

Selain daripada faktor perubahan cuaca yang tak menentu, keadaan sekeliling rumah juga boleh menyebabkan ular suka bertandang ke rumah anda.

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Sebagai contoh di dapur, rak kasut, di dalam tandas ataupun di mana-mana tempat persembunyian tanpa kita sedar.

Haiwan ni pun sama macam manusia akan pergi ke tempat yang ada sumber makanan dan juga air.

Jika rumah anda berdekatan dengan sumber air seperti kolam, parit, dan tasik, tinggi risiko untuk ular bersarang di kawasan rumah anda.

Tapi, jika kawasan itu dijaga dengan rapi dan sentiasa dibersihkan, kemungkinan untuk ular datang agak rendah.

Secara umumnya, ular memang sukakan kawasan yang lembab, tinggal di kawasan timbunan berkayu, berumput panjang dan semak serta suka untuk menyelusup masuk melalui rekahan dinding.

PropertyGuru Tip

Ular adalah reptilia, maksudnya ia berdarah sejuk. Apa tu? Maksudnya suhu badannya berubah ikut persekitaran. Jadi kalau musim panas, ia cari tempat teduh, kalau musim hujan, ia cari tempat panas macam dalam rumah atau dalam enjin kereta ke!

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Jenis Ular Berbisa Di Malaysia

Kira-kira 168 spesis ular terdapat di Semenanjung Malaysia daripada jumlah tu ada 20 spesis ular darat dan 26 spesis ular laut yang berbisa. Angka ni sentiasa berubah ya, sebab saintis selalu jumpa ular baru.

Di bawah ini kami sertakan 5 jenis ular berbisa yang sering masuk ke dalam rumah ataupun membuat sarang berhampiran kediaman di Malaysia.

1. Ular Tedung Selar

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Ular tedung selar selalunya berwarna coklat gelap atau kuning keemas an. Ia adalah spesies ular yang bahaya sebab jika dipatuk, boleh menyebabkan kematian

Ia juga agresif jika anda mendekati sarangnya atau ular itu dalam musim mengawan. Jika rumah anda berhampiran ladang kelapa sawit, hati-hati sebab ular tedung sering ditemui di situ.

Apa nak buat jika terserempak dengan ular tedung selar?

Pertama sekali anda kena keraskan badan anda dan cuba bertenang. Bila dah tenang, cuba undur perlahan-lahan, tapi fokus kepada pergerakan ular.

Anda perlu undurkan diri lebih kurang 3 meter daripada ular, bila dah yakin agak selamat, larikan diri untuk dapatkan pertolongan.

2. Ular Senduk/ Ular Tedung Hitam

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Tubuh ular senduk atau ular tedung hitam (cobra) ni berwarna hitam tapi perutnya warna biru kelabu.

Nak kenal senang je, sebab jika diganggu, kepalanya akan menegak bagi amaran dan sangat agresif.

Ia sering ditemui di kawasan hutan, sawah padi, tapak binaan, dalam tanah, timbunan batu serta dicelah-celah pokok yang dah mati.

Ular tedung senduk ni bahaya sebab patukannya boleh menyebabkan kematian jika tak dirawat segera.

Makanan utamanya pula adalah haiwan kecil seperti tikus dan biawak, mungkin sebab tu lah ia suka masuk rumah cari tikus dalam tu!

Apa nak buat jika terserempak dengan ular senduk?

Pertama sekali, jangan bergerak banyak sebab ia sangat sensitive dengan pergerakan.

Kedua, cuba hentak kaki dengan perlahan ke tanah atau lantai sebab selalunya ia lari kerana takutkan getaran lantai.

PropertyGuru Tip

Semua ular boleh berenang, jadi kalau terserempak jangan lompat masuk air sungai atau kolam pula, memang lagi cepat ia kejar.

3. Ular Kapak

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Nak kenal ular kapak ni senang je, sebab warnanya selalu coklat dan corak belang hitam. Ada juga yang warna hijau tau.

Ular kapak sering ditemui di bawah timbunan daun kering dan kawasan semak rimbun. Kalau ular kapak warna hijau tu, ia sering duduk atas pokok dan menyamar sebagai daun. Memang tak perasan!

Bezanya dengan ular tedung, ia tak menyerang bertalu-talu. Malah, banyak kes orang terpijak ular ni sebab tak perasan sampai dipatuk.

Ular kapak memang sangat berbisa ya, jadi kalau dipatuk, memang kena cepat-cepat ke hospital, jangan tunggu-tunggu, sebab boleh bawa maut.

Apa nak buat jika terserempak dengan ular kapak?

Jika jumpa, pertama sekali jangan jadi berani buta! Jangan cuba-cuba mengacahnya sebab walaupun dia tak berdesir macam ular senduk, ular kapak ni antara ular berbisa paling pantas di Malaysia.

Jadi, perlahan-lahan, ambil benda panjang seperti kayu atau ranting dan mengalihkannya untuk memastikan keselamatan anda.

PropertyGuru Tip

Jangan ingat ular warna hijau tak bahaya seperti ular daun, ular pucuk dan ular tikus hijau. Ada ular yang berbisa sampai bawa maut seperti ular kapak hijau sumatera.

4. Ular Sawa

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Ular sawa ni senang nak kenal sebab ia bertompok keperangan dan coklat dengan selang-seli warna hitam dan putih. Ular sawa biasa ditemui di kebun, kawasan tanah lembab dan lapang.

Ular sawa membunuh dengan membeli mangsa dan mematuknya, bisanya amat berbahaya sebab ia boleh melumpuhkan sistem saraf mangsa.

Sebab tulah, kalau kena belit dan patuk, mangsa jadi tak bermaya, menyerah je untuk ditelan. Uih takut!

Apa nak buat jika terserempak dengan ular sawa?

Pertama sekali, jangan panik tak tentu hala, sebaliknya tengok tingkah laku ular.

Serta merta menjauhkan diri daripadanya lebih kurang 4-5 meter dan jangan cuba-cuba tangkap sendiri, sebaliknya telefon bomba atau JPAM untuk minta pertolongan.

Walaupun ular sawa ni nampak lembab dan slow je, ia sebenarnya lebih pantas menyerang berbanding ular senduk tau! Jadi kena hati-hati…

5. Ular Karang/ Ular Pantai

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Ular karang atau juga namanya ular pantai ni berkepala bulat dan bisanya sangatlah bahaya, boleh sebabkan kematian dalam masa 1 hingga 3 jam je!

Warnanya memang sangat terang, hitam dengan belang putih, merah atau oren misalnya untuk menarik perhatian dan mudah dikesan.

Panjangnya pula sekitar 30 cm, tapi jaga-jaga ada juga yang membesar hingga 180 cm. Jangan bimbang, ia sukar ditemui di Malaysia.

Ular ni selalunya melepak dalam lubang tanah, celah-celah batu, kayu atau timbunan daun.

Apa nak buat jika terserempak dengan ular karang?

Seperti biasa, bertenang dan cuba cari benda panjang seperti kayu atau ranting.

Lepas tu, gunakan kayu panjang tu dan angkat ular ini ke tempat lain, jauh daripada kawasan rumah anda.

Jangan bimbang sangat, ular karang selalunya tak agresif, ia hanya menyerang kalau rasa terancam, jadi janganlah mengacah-acah pulak!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Apa Nak Buat Jika Ular Masuk Rumah?

Pasti anda tertanya-tanya apa yang patut dilakukan jika ular masuk rumah anda.

Jangan bimbang, anda boleh gunakan cara yang dikongsikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengendalikan haiwan berbisa.

Jangan Buat!

  • Cuba tangkap ular walaupun tiada kemahiran

  • Cuba cederakan ular

  • Cuba halau menggunakan peralatan

Jadi, apa boleh buat? Mudah je, ikut langkah ni!

Apa perlu buat?

  • Hubungi 999 untuk dapatkan bantuan

  • Perhatikan gerak geri dan arah ular bergerak

  • Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar

  • Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar

  • Kurang bergerak dihadapan ular

  • Kenal pasti jenis ular, panjang, warna serta corak badannya

  • Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat

10 Tips Elak Ular Masuk Rumah

Kalau dah rumput pun nak sama tinggi dengan rumah, memang macam menjemput-jemput ular datang la kan?

Ditambah pula dengan sampah dan semak samun keliling rumah, makin galak lah haiwan berbiasa ni. Jadi, bagi mengelakkan ular masuk ke rumah, anda boleh ikuti beberapa langkah ni.

1. Pastikan Tiada Sampah Berlonggok

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Elakkan kawasan rumah sama ada di dalam atau luar daripada longgokan sampah, barang-barang terbuang, daun kering serta kayu.

Tempat seperti ini berpotensi jadi lokasi untuk ular berlindung. Tempat sejuk dan lembab macam ni memang ular suka melepak.

2. Tutup/Bersih Lubang Di Rumah

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Bumbung dan lubang saliran juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam rumah anda. Kalau perasan, nenek kita dulu-dulu selalu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu.

Cara ni adalah untuk menghalang ular atau haiwan berbisa lain dari masuk rumah. Sama juga pada bahagian bumbung, boleh ditutup menggunakan jaring besi macam rumah-rumah kampung selalu buat.

Kebiasaan rumah kampung memang bahagian bumbung akan terbuka, jadi anda boleh tutupnya kerana ia juga antara laluan masuk ular.

Kalau tak boleh tutup pun, pastikan bersih selalu. Ular tak suka tempat bersih-bersih.

3. Rumah Bebas Tikus Dan Katak

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Kalau anda nak tahu, ular bukanlah binatang yang bersarang. Ia akan bergerak mencari tempat yang ada sumber makanannya, jadi anda perlu pastikan rumah anda tiada makanan untuk ular ni seperti tikus dan katak.

Ular akan berada di sesuatu kawasan dengan lebih lama lagi jika banyak sumber makanan. Bila dah habis, barulah ular akan berpindah ke tempat lain.

4. Letak Ubat Gegat

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Ubat gegat dan ular bukanlah kombinasi yang baik. Ini kerana ubat gegat akan merengsakan ular dan membuatkan ia menjauhkan diri.

Anda boleh gunakan ubat gegat dengan cara meletakkan di kawasan anda pernah ternampak ular ataupun di sepanjang kawasan laman rumah.

Tapi anda perlu ingat, ubat gegat sangat berkesan terhadap sesetengah ular dan ada juga yang langsung tiada kesan.

5. Tabur Belerang/Sulfur

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Anda boleh je beli serbuk ni dari kedai hardware ataupun beli online. Kebiasaan serbuk belerang ini dalam bentuk pallet dan anda perlu memakai sarung tangan ketika menabur kerana bahan ni boleh merosakkan kulit jika disentuh.

Tujuannya adalah untuk membiarkan ular tersebut lalu tanpa melangkaui taburan serbuk belerang. Jadi anda perlu taburkan di sepanjang perimeter laman rumah ataupun tabur dekat mana-mana laluan yang ada potensi untuk ular masuk.

Belerang ni bukan setakat untuk menghalau ular sebab baunya, tapi ia juga akan merengsakan kulitnya jika lalu di kawasan yang ditabur. Kesannya, ular tak akan lalu kawasan itu lagi.

PropertyGuru Tip

Pergerakan ular jadi perlahan atas jalan tar, ia lebih pantas bergerak atas tanah atau rumput. Malah, ular senduk bergerak lebih pantas dalam air.

6. Pelihara Kucing

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Kalau nak tahu, ular ni tak suka berkawan dengan haiwan yang suka mencakar seperti ayam, anjing, kucing dan sebagainya. Selalu sangat kita tengok kucing berlawan dengan ularkan?

Tak kira lah betul-betul jadi depan mata ataupun melalui video yang dikongsi di internet, selalunya si comel ni akan menang.

Tapi tengok juga pada saiz ular yang menyerang. Paling tak pun, kucing anda boleh memberi amaran kalau dia tak mampu untuk lawan ular yang nak masuk tu.

7. Halang Dengan Bau Rambut

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Sama seperti kita tak sukakan ular, ular juga sebenarnya tak suka dengan kehadiran manusia. Cara ni boleh dikatakan cara tradisional nak halang ular dari masuk rumah, petua orang lama katakan.

Apa yang anda perlu buat adalah untuk kumpulkan rambut dan taburkan di sepanjang perimeter kawasan rumah anda. Ular akan menghidu bau rambut anda dan akan menjauhkan diri dari kawasan tersebut.

8. Kerap Potong Rumput

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Jika anda ada taman, kebun atau landskap di rumah, jangan sesekali biarkan rumput dan tanaman itu tumbuh meninggi.

Ini kerana lagi semak tanaman dan rumput, lagi tinggi potensi ada ular. Jadi, sangat penting untuk anda kerap bersihkan kawasan ni supaya ular tak mudah bersarang di kawasan rumah anda.

Sebagai tambahan, anda boleh menanam tanaman yang paling dibenci ular seperti bunga tahi ayam dan juga serai. Ular tak suka bau-bau macam ni.

9. Semburan Minyak Kulit Kayu Manis & Bunga Cengkih

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Anda boleh buat sendiri cara halau ular yang sangat berkesan ni.

Apa yang perlu anda lakukan ialah tuangkan 4 atau 5 liter air ke dalam baldi. Kemudian, campurkan 4 ke 8 titik minyak kulit kayu manis dan cengkih.

Masukkan dalam botol penyembur dan semburlah sebanyak mana yang anda suka pada tempat yang berpotensi untuk ular masuk.

Campuran ni boleh digunakan di dalam ataupun di luar rumah. Jangan risau tentang baunya, bau rempah kan, taklah busuk.

10. Buat Bising

ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah
ular masuk rumah, patukan ular, gigitan ular, cara cegah ular masuk rumah, ular, ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular senduk, rumah

Cara mudah yang terakhir untuk mengusir atau menghalang ular daripada datang ke rumah anda adalah dengan buat bising.

Ular ni akan rasa terancam apabila diganggu. Bila bising, ia tidak akan rasa selesa dan akan segera keluar dari kawasan tersebut. Tapi, pastikan anda jaga jarak!

Anda boleh gunakan alat seperti mesin rumput ataupun blower di kawasan yang anda rasa berpotensi ular bersarang dan berlindung.

Ini untuk pengetahuan dan tindakan pencegahan je tau. Kalau dah nampak depan mata ular besar tu, janganlah memandai-mandai, lebih baik telefon je abang bomba datang tangkap.

Apa Nak Buat Jika Dipatuk Ular?

Tapi, ada ketikanya sedar-sedar dah kena patuk! Anda kena ikuti langkah disediakan KKM ni.

1. Bertenang! Jauhi ular itu dan cari tempat selamat. Jangan panik sebab tak banyak ular ditemui Malaysia jenis berbisa. Kalaupun dipatuk ular berbisa, jarang kematian berlaku sebab kebanyakan patukan bersifat dry bite.
2. Cuba cam ciri-ciri ular, tangkap gambar jika dapat guna telefon anda. Ini untuk memudahkan doktor yang merawat anda.
3. Jangan hisap tempat patukan ular tu! Tindakan ni boleh burukkan keadaan sebab kecederaan boleh jadi lebih teruk dan bisa merebak dengan lebih pantas.
4. Telefon 999 segera dan pergi ke hospital terdekat.
5. Kurangkan pergerakan, pakai anduh di tempat kena patuk tu.
6. Jangan ikat tempat kena patuk ular tu! Ia boleh sebabkan kesakitan teruk dan boleh rosakkan anggota badan yang dipatuk sebab darah tak mengalir.
7. Cuci luka patukan ular dengan air bersih, tapi jangan sental atau gosok luka pula, itu kerja jururawat.
8. Jika anda dah bunuh ular tu, bawa bangkai ke hospital sekali. Doktor boleh tengok spesies apa dan tentukan rawatan anti venom apa yang sesuai. Tapi, berhati-hati angkat bangkai tu sebab anda boleh terkena bisanya lagi.
9. Bila dah sampai hospital berikan maklumat sepenuhnya kepada doktor yang merawat. Bukan semua kes perlukan ubat anti venom ya! Tak wajib kena patuk ular, mesti ubat anti venom. Jadi bila doktor cakap tak perlu, janganlah melawan pula.
10. Ubat anti venom ada kesannya tersendiri dan tak boleh diberi sebarangan, bukan doktor kedekut. Doktor akan tengok keadaan anda dulu sebelum tentukan rawatan bersesuaian.

Jadi, selalulah hati-hati, pastikan kawasan rumah bersih dan tahu apa kena buat jika anda dipatuk ular! Semoga bermanfaat!

Panduan Relevan