Hans Isaac rancang kahwin bulan Disember

Hans Isaac rancang kahwin bulan Disember

25 Apr – Pelakon dan pengarah, Hans Isaac memberi bayangan bahawa beliau akan menamatkan zaman bujangnya lewat tahun ini bersama kekasihnya yang merupakan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa.

Jejaka berusia 42 tahun ini memberitahu bahawa dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana bimbang apa yang diharapkan tidak menjadi dan berserah pada Tuhan bagi menentukan segala-galanya.

"Jika sampai waktu dan ketikanya saya akan maklumkan kepada umum dan saya telah meletakkan sasaran untuk mengakhiri zaman solo selewat-lewatnya hujung tahun ini," jelas Hans pada sebuah portal media tempatan.

Hans yang bakal mementaskan teater "Supermokh" tidak lama lagi turut mengulas yang dia kini dalam persiapan untuk menyiapkan diri menjadi seorang suami dan dalam perancangan membina sebuah rumah khas untuk bakal isterinya.

Selain itu, Hans yang kini menguruskan tiga buah syarikat miliknya ditambah pekerja yang ramai, dia kini lebih fokus terhadap diri dan kehidupan peribadi.

Dalam perkembangan lain, Hans bakal menerbitkan filem tempatan di dalam bahasa Inggeris dan merancang untuk memasarkannya di Singapura dan pasaran antarabangsa selain bakal mementaskan teater "Rejang The Musical" pada tahun hadapan.